Kalau cuti akhir tahun untuk tahun lepas J habiskan masa SEBULAN di
Kuwait. Sebulan korang.... sampai mati kutu da.. tak tau nak buat ape. hehe...Cuti kali ni tak dapat nak kemana-mana sebab mata mama masih belum pulih sepenuhnya dan dia masih perlu lagi beberapa rawatan susulan. kira macam check up lah.
Memandangkan cuti dah nak abis... dan hari-hari cuti masih lagi tidak dimanfaatkan dengan aktiviti bercuti, J ajak lah Acik anak beranak pergi mandi manda di
Lost World of Tambun. J masih ade lagi beberapa
diskaun voucher untuk masuk ke taman tema tu. Voucher tu expire 17/12/09. Jadi kami pergi sehari sebelum tarikh dia tamat. Ada voucher tu dapat la masuk murah sikit. 5 dewasa dan 2 kanak-kanak semuanya RM125 je. Kalau takde voucher konpem kena bayar dekat 2rat.
J takde la asyik sangat nak mandi-manda.. dari kul 11 sampai la ke pukul 3.30 ptg.. ada la tak sampai setengah jam main air. Selebihnya, meronda sekeliling teman teman tu. Naik
Tube Raiders & Cliff Racer, 2-3 kali. Melawat
Petting Zoo. Main kat amusement park. Anyhow, I like the Petting Zoo very much because I got to hold and touch some of the animals in there. J tak bawa kamera masa tu so, no piccies... Dengan kambing yang super jinak, ferret yang nakal, iguana yg manja, guinea pig yang melampau banyak, arnab yang jinak jugak, bearded dragon yang maintain hensem, landak yang nak membuta je kejenye, wallaby yang sepi, ruby the racoon yang asyik mundar-mandir tak reti nak berhenti.
I can say that this place kira okay lah.. scenery memang faboulous!!! Sangat menyejukkan mata yang memandang. Tapi tak leh banding lah theme park ni dengan Bukit Merah Lake Town or Sunway Lagoon... Tapi masih dikira boleh la kalau nak bawak anak kecik, anak besar.. mandi-manda.. menikmati keindahan tempat ni.
incik kambeng yang frust sebab dipisahkan dengan bini yang baru lepas beranak.
This wallaby really needs attention...
"ello incik pigeon. Ekskius mi..Tepi sket.. dia nak amik gambar ai ye.."
Pening naik ni.
Miss Ruby soaking herself wet.
Ma, Ikhwan & Iqbal.
nota kaki: ish..ish... asal cuti je, makan.. asal cuti je makan.. makin di pam pam dah... bila nak kurus balik ni???