Kepada kawan-kawan.. jangan terkejut baca tajuk entri tuh yek?
My family and I went to JB last weekend. We slept at the Scolar's Inn, UTM. Tempat penginapan dalam UTM yang sangat selesa. Macam apartment. Ada dua bilik with 2 single beds each. As you can see in the picture, towels are provided, including shower gel and also instant coffee and tea. Siap ada tv, electric kettle, iron & ironin board. Pendek kata rumah tu macam apartment. Murah je.. RM100 per night for fan room and RM150 for airconditioned room. Reasonable la kan? Nak ke JB pun tak jauh mana. So.. If you need more information
click here.Saje je nak tunjuk handbag baru.. hehe..
The next day, kami pun bersiap chantek untuk ke majlis pernikahan Jaja, my cousin. I have a cousin, named Jaja too. But he's a HE. Of course la nama pun lain kan? It's just that we share the same nickname. It was his special day. We were there to be with him, to celebrate his happy day... (dah abis speku dah? hehehe...)
I'm not in my wedding dress hokey? I've worn the same Baju kurung on Balqis's wedding day jer..
Majlis pernikahan tu berlangsung di Masjid Taman Selesa Jaya, JB. Pening jugaklah nak sampai ke tempat tu. Kami konvoi sampai 11 kereta... meriah lah jugak kan? Mak Long, Pak long, Mak Ngah, Pak Ngah, Mak Anjang, Pak Anjang, Mak Andak, Pak Andak, Mak Uteh, Pak Uteh, Cik Ani, Cu Ita, Pak Cu, dan sepupu sepapat 5 orang... Semua ni sedara mare sebelah papa... My father has 9 sibling.. tu yang meriah jadiknye...tu pun tak semua ikut sama...
the bride ~Eeta~
Aku terima....................... Sah!
J suke bunge mas kahwin tu, Mak Anjang yang buatkan.. very the chantiq!!!
Kat Johor ada sesi lafaz melafaz ekk.. Sampai macam ni sekali tau!
This is him, the bridegroom. Ahmad Shahredza.
Kakak J, adik J jalan dulu yerk?
owh.. no problem.. sila..sila..
J tau kat Johor ni ade adat TOL. Takpe lah kan? dah adat.. kita ikutkanlah... Sampai pintu pagar dewan (majlis kenduri buat kat dewan), kena satu TOL 1. ok fine. Berlakulah sesi tawar menawar kat situ. Macam tol kat lebuhraya lah jugak kan? Dah bayar, baru boleh jalan. Selagi tak bayar, selagi tu lah palang kat tol tu tak naik, betul? Lepas TOL pintu pagar, kena TOL 2. Depan porch dewan. Kena tol dengan abang-abang pengantin. Dah bayar, siap silat bagai. Lepas... bley jalan.
Baru berjalan selangkah dua nak masuk pintu dewan kena TOL 3 pulak dengan mak-mak sedara pengantin. Lerr... ade lagik????? Sampaikan pengantin lelaki tertoleh-toleh ke belakang, mintak bantu. Alaaaa... kami mak pak sedara sepupu sepapat, mula lah rasa tak berapa nak seronok... Tawar punya tawar, abang pengantin kata, bagi masuk je lah.. diorang ni datang dari jauh. Ok.. lega sikit.
Masuk je pintu dewan, J tengok kat atas pentas, ada lebih kurang seppuluh budak elok tersusun duduk depan pelamin bersama-sama mak andam & pak andam. TOL 4 PULAK?????? Muka J dah berubah. Muka mak-mak sedara dah kelat. Muka pak-pak sedara dah keruh. Budak-budak tu pulak, selagi tak bagi, tak bangun... Kami masing-masing dah penat, dah lah cuaca panas... terus hilang keseronokkan.... hilang kegembiraan.... Dah bagi duit tol, barulah clear pentas barulah boleh duduk si pengantin lelaki kat sebelah pengantin perempuan.
Tak dapat nak tafsir muka pengantin lelaki tu nervous atau penat atau geram sebab kena tol banyak
sangat!
J tak tau lah pendapat korang macam mana. Tapi bagi J, memanglah adat tu penting.. perlu dipraktikkan. Tapi kalau dah adat tu sampai menyusahkan, membuatkan suasana suka bertukar rupa, perlu lagi ke?????? PLEASE DON'T FEEL OFFENDED dear JOHORIANS.... or at least pengantin perempuan, maklumkanlah sebanyak mana tol yang kena lalu.. sebanyak mana duit tol yang perlu disediakan...kan? Sekurang-kurang pihak satu lagi boleh membuat persediaan yang secukupnya. Takpun.. considerlah sikit.. Kami datang jauh dari utara... dah kena tol lebuhraya pun. Pulak kena tol lagi bila nak hantar pengantin lelaki... hhmmmm...
Apa-apa pun, tahniah untuk adik sepupu J. Semoga Jaja & Eeta sentiasa bahagia, dirahmati dan berada dalam lindungan Allah sentiasa...
nota kaki: ZUZU, ko dulu buat tol banyak mana?????