Semoga diri ini dan kita terus istiqamah dalam cubaan memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada tuhan..
Tuesday, December 31, 2013
Sunday, December 29, 2013
Orientasi 2014
Pertama kali diberi peluang membantu menjaga ujian diagnostik untuk orientasi muris tahun 1. Boleh tahan mencabar jugak. Dah 4 tahun tak mengajar tahap 1..jadi agak kekok nak beri arahan dan pastikan mereka dengar arahan dengan menggunakan bahasa mudah.
5 minggu anak tekak berehat. Tiba-tiba kena bekerja keras tanpa warm up. Terbatuk-batuk dibuatnya. Harap-harap tidaklah sakit tekak..
Friday, December 27, 2013
Dari tingkat 18
Selepas berurusan di Wisma BSN, terpandangkan pemandangan ini. Selepas renyai hujan, ia kelihatan cantik di mata.
Thursday, December 26, 2013
Tiada Restu
Berkasih-sayanglah sampai 7 tahun pun...kalau tiada restu dan bukan jodoh, tak kiralah apa saja perbuatan tak cerdik yang pernah dilakukan...takkan jadi.
Apatah lagi percubaan berkasih sayang yang baru berusia sebulan.....
Simpati.
Mata Tak Mau Lena
Esok pagi kerja.
Jujur..belum bersedia untuk mula bekerja.
Macam-macam bacaan dah dibacakan.
Namun mata masih belum terpujuk.
Terujakah? Hmm...
Tiada rasa apa-apa sebenarnya.
Semangat berkobar hilang entah kemana.
Budak Jebat ni pun sibuk nak menyempit tidur sama.....
Tidurlah sejenak wahai diri kerana esok bakal menerima sebakul tugasan yang berkilo-kilo beratnya...
J: alangkah indahnya jika kamu ada untuk membisikkan kalimahNya kepadaku agar ia dapat mententeramkan jiwa gundah ini...
Tuesday, December 24, 2013
My Precious Iris
Sambungan I Love You, Stupid.
Satu perhubungan yang terlalu sempurna kasih sayangnya... hero mati ditembak isteri sendiri dalam keadaan buta sementara dalam kekalutan pembalasan dendam kerana cinta tak dibalas.
Tapinya... ending dia sangat mengelirukan. Hero tu dah mati atau tak sebenarnya... sape dah pernah baca? Jenuh fikir apa kesudahan sebenarnya.
J: jiwa kacau dibuatnya..
Sunday, December 22, 2013
I Love You, Stupid!
Mahu ulang baca. Tidak jemu membacanya. Kisah yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan telah menjentik sedikit kesedaran dalam diri.
Terima kasih Melur Jelita kerana menghasilkan karya ini
J: 1. Sedang menyambung pembacaan kesinambungan buku ini, My Precious Iris.
2. Firman Ebrahim.....menguatkan rindu kepada bakal suami...
Friday, December 20, 2013
Sunday, December 15, 2013
Tingkap Untuk Julie
Kalau kat rumah mami, Julie dan Jebat akan bersidai kat tingkap untuk birdwatching, sunbathing or just simply sleeeping. Insyallah, takkan terjun sebab tinggi melangit. Tapi kat rumah Mak Iti, mintak maapla...semua tutup rapat.
Kalau terlepas mek Julie ni keluar, sukati dia merayau merata melompat ke rumah orang sebelah smpai lupa diri dan kat luar rumah Mak Iti ada 4 ekor kucing big bro J. Nama je kucing big bro, pagi petang siang malam melepak depan rumah Mak Iti je kejenye. Mana taknya..asyik dapat makan kenyang je sampai lupa jalan pulang.. hehe..
Bermodalkan RM7.00 sahaja, J dapat buat portable netting untuk single window. Julie dapat tengok luar, angin pun boleh keluar masuk dengan lebih baik dan yang penting, NYAMUK tak boleh nak sesuka hati buat lawatan jalan-jalan cari makan dalam rumah. ^_^
Saturday, December 14, 2013
Morning Market Popcorn
While chatting with fellow friends on whatsapp, someone mention going to the cinema to watch Hobbit 2 and buy popcorns instead if the theatre is full.
There's no TGV cinema here in my hometown as my favourite popcorn would be from that cinema. There's one small cinema but I don't really favour theirs. So, I went to a morning market near a kampung. I found a stall selling popcorns.
I didn't straightaway buy the popcorn but I did a little observation from afar. Everytime the popcorns pops, fell out from the pot, people will be gathering around the stall and bought them. The colour of the pop corn changes from pink to green to yellow and they repeat..Non stop!
Then only I decided to buy one myself and they tasted good! The sweetness, saltiness and crunchiness were really satisfying. I even have to giveway to Mak Iti too as she seemed to liked it. ^_^
This one will be in my 'must buy list' whenever I go to the morning market again next time.
Thursday, December 12, 2013
The Wedding Breaker
Tajuk je dalam Bahasa Inggeris tapi isi ceritanya dalam Bahasa Melayu.
I really love the storyline. Tak membosankan. Anyhow, as usual the hero will be too good to be true. Walaupun tak mustahil lelaki seperti itu wujud.
Ceritanya tidak mengkhayalkan. J suka cara Evelyn Rose, si penulis, mengetengahkan 'fighting spirit' dalam watak heroin dalam cerita ni. Semangat yang perlu ada dalam setiap wanita. Please read if you haven't. You'll enjoy it.
Wednesday, December 11, 2013
Friday, December 6, 2013
Mental
Kalau nak baca, kena baca dengan minda yang terbuka. Agak sukar nak cerna. Penulis bijak membuat pembaca terteka-teka walaupun ada terasa sedikiy bosan kerana pengulangan kisah yang sama berulang kali.
Rasanya buku boleh diletakkan klasifikasi 15sx kot.
Pelangi Cinta Buat Suami
Perasaan jadi roller coaster sepanjang pembacaan. Disarankan untuk beli atau pinjam dan baca. ^_^
J dah kurang arif tentang penulis mana yang telah menulis cerita yang best atau tidak. Terlampau banyak di rak kedai. Jadinya buku ni dibeli atas saranan teman kaki novel.
Wednesday, November 27, 2013
Adik Kesayangan
Sekarang ni kalau Jebat tak kerabat badan mami bila dia nak tido.. dah selalu nampak Jebat cari Ian pulak..... bagussss...
Tuesday, November 26, 2013
Friday, November 15, 2013
Budak Nakal
Ni lah bukti dia budak nakal. Main sorang-sorang sekor-sekor pun boleh terbelit tengkuk sendiri... Kalau dapat beg plastik kat dia, sampai terbelah habis lunyai dia dikerjakan..keluar masuk buat, slide pusing satu rumah pun ada.. haihh... kena tukar nama ke kalau camni?
Wednesday, November 13, 2013
Monday, November 11, 2013
Thursday, November 7, 2013
Nak Nyelit Jugak...
Mami is busy.
Boredom strikes Julie.
Nak nyelit jugak bawah kepala lutut mami.. -_-"
Tuesday, November 5, 2013
Happy New Hijra Year!
Alhamdulillah...
Maaih terus diberi kesempatan untuk menikmati rahmat dan kebesaranNya. Semoga peluang yang diberi ini tidak lagi kita sia-siakan untuk memperbaiki diri dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah...
Am blessed to have this three furry kids with me. They would take turns to wake me up daily before Subuh. Even if I sleep late doing school works and did not wake up after the alarm, Julie would definitely try her very best to wake me up. And...she never fails. Not even once! Hopefully I'm more determined to perform my night prayers after this.... amin
Sunday, November 3, 2013
Like Kakak, Like Adik
I noticed that Jebat's character is more influenced by Julie. Nonetheless, he's the most 'manja' furbaby in the house because he still climbs onto my chest just to cuddle up with me until he fell into deep sleep.
Saturday, November 2, 2013
Rindu Menggebu...
Belajar Melalui Teladan
If you follow my posts previously, you'll know this lil guy, Jebat, learned 'this' lesson from who...
Friday, November 1, 2013
Punoh...
Beberapa hari lepas, si jebat dok sibuk main dengan paper bag ni. Seronok dia keluar masuk dlm paper bag tu. Tak jadilah nak buang...
Hari ni dah jadi macam ni. Adoi... Ni takde lain la ni. Mesti kerja si abam Ian.
Making Tarts in School
It's a busy year indeed. Haven't had much time to go lunch together with friends after the UPSR exam.
One of my friend is a baker. She brought her oven to school and we did this during our free time. It's yummy!
Wednesday, October 30, 2013
Janganlah Bengkak
Penyebabnya...
1. Tonton I Love you Mr Arrogant.
2. Tonton Jodoh Itu Milik Kita.
3. Berceritera dengan teman lama
Hari ini adalah hari pengosongan tangki ayot mata. Harap-harap tak bengkak lah mata ni esok.
J: susah betul nak buang tabiat nangis bila tengok cerita sedih kat tv... T.T
Tuesday, October 29, 2013
Janganlah Bengkak Wahai Mata
Penyebabnya...
1. Drama Love you Mr Arrogant.
2. Drama Jodoh Itu Milik Kita.
3. Berceritera dengan teman lama dari i.i.u.m.
Hari ini adalah hari pengosongan tangki ayot mata. Harap-harap tak bengkak lah mata ni esok.
Sunday, October 27, 2013
Ahad yang sejuk
Dah lama mami tak layan si Jebat ni tidur atas badan. Dalam sejuk-sejuk hujan ni, dia nak ngendeng jugak-jugak. Syok nengok dia lena...
Dah 15 minit tak leh gerak ni. Tak sampai hati nak alih walau dah kebasss...
Monday, October 21, 2013
Saturday, October 19, 2013
My Weekend Activity
This would be my upcoming project.
Browsing through and designing.
Hope that what that has been planned will go smothsailing. InsyaAllah...
Friday, October 18, 2013
Didi Beranak Lagi
Sekor je. Comey sangat. Beranak depan rumah Mak Iti. Rasa nak adopt. Tapi dah ada 3...camne nih?
Wednesday, October 16, 2013
Monday, October 14, 2013
Bila Daun Palas Tak Cukup
.... kita bungkus gulung padat-padat macam bantal pelok jek.. hehe...
Salam Aidil Adha.
J: hanya berjaya membungkus satu dengan comey, gemok dan padat je (yang paling cantik dalam tu). Yang lain nan hado..tah hape-hape. Macam la first time baru buat. ^_^
Wednesday, October 9, 2013
Monday, October 7, 2013
Aloe Vera Berbunga?
Baru perasan pagi tadi kat kebun di sekolah. Tak pernah lagi jumpa tanaman daun lidah buaya ni mengeluarkan bunga. Tak sabar nak tunggu bunga kembang nak tengok rupa bunganya macam mana..
Thursday, October 3, 2013
Pembuli Hebat
Do you have any ideas how to teach this little Jebat not to bully others?
Really felt pity for Ian..
Wednesday, October 2, 2013
Monday, September 30, 2013
Nyet
Muka perengus. Tapi hati ada baik punya. Walau kena sembur bagai nak rak dengan Ian, Julie dan Jebat..dia tetap cool tak balas pun. Kalau dia boleh get along betul-betul dengan budak bertiga tu.. I would really love to keep him permanently.
Unfortunately, my kids can't tolerate Nyet at all. Eventhough Jebat can play with Nyet but Nyet had become his bully victim. Macam mana Julie buat Jebat, Macam tu la Jebat buat kat Nyet. T.T
So...off he went home with my parents last week.


















































