Thursday, October 8, 2009

kecik & BESAR

Si kecik 2 eko semakin membesar. Tapi yang satu tu masih tak besar-besar. mm.. Why?



Mungkin takde kena mengena dengan kecik & BESAR.. tapi ade la bau-bau kentut skit.. Saje nak share untuk renungan dan ingatan bersama..

Situasi: N bergurau dengan A di kantin. " Asyik kak A je bertugas. Orang lain tak bertugas ke?". Tiba-tiba W, yang kebetulan berada berdekatan, bangun menolak kerusi dengan kasar dan keluar.

N: Akak tak de niat nak sakitkan hati sesiapa. Akak cuma bergurau dengan kak A. Mintak maap la kalau W terasa.

W: Saya ni hormatkan akak sebab akak orang lama kat sini. Tau tak, saya dah pernah kerja 7 tahun. Saya tau nak buat kerja saya macam mana. Tak payah nak tegur-tegur, nak bagi tau kena buat apa.

*nota* W adalah warga baru di kalangan kami... walaupun lebih tua dari J, dia masih tetap orang baru. Bukan setakat tu aje, W sempat menyebarkan kisah ini kepada beberapa rakan baru seangkatan dengannya dan mengatakan N macam-macam. Statement yang diberikan, nyata agak kurang adab bagi orang baru. J pun masih teragak-agak bila mahu bergurau dengan rakan yang senior. (walaupun J dah kira kamceng dengan rakan senior..cepat tua la haku..hiks..). J rasa sebagai orang baru kita perlu cuba blend in dengan situasi selagi ianya tidak memudaratkan diri. Jangan bangga diri dan angkuh. Tapi dalam kisah W, dia mahu orang lain blend in dengan dia. Dalam erti kata lain, kena faham dan ikut cara dia kerana dia hanya ikut cara dia sahaja. Kita bekerja dalam satu pasukan... Haruslah bertolak ansur.

Kalau si kakak mampu merendah diri memohon maaf, kenapa si adik tidak mahu mengalah. Wahai W, tahukah kamu si N telah sedekad lebih menabur bakti untuk anak bangsa? Lagipun pengalaman kerja 7 tahun tu, tak de kena mengena langsung dengan kerja yang dilakukan sekarang... Apa masih belum cukup ke pengalaman tu untuk bekerja dalam satu pasukan?????


Mummy, Daddy and adik beradik lain dok seronok turun naik banglo 3 tingkat diorang ni...



Di hari lain, J dapat tahu... owh.. dia pernah menjadi ketua selama 7 tahun.. ketua cum decision maker. So, what..?? a decision maker tak boleh kena tegur??????

1 comment:

  1. some people, bila dah terlalu lama duduk di atas n tiba-tiba terpaksa duduk di bawah, they can't accept the situation that they have to listen to others.

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^