
Atikah, sepupu J sedang menghadapi peperiksaan SPM. Dia sekolah kat MRSM Pasir Salak. Kat sekolah ni disediakan Rumah Tamu untuk ibu bapa yang datang dari jauh yang mahu bermalam di sini. Jadi kesempatan ni, Achik sewa satu unit rumah.

Jadi, setiap kali Atikah ade paper, kami beramai-ramai duduk kat sini. Sementara Atikah tengah menduduki peperiksaan, Achik, ma, Atuk and J akan bacakan Yassin semoga dipermudahkan perjalanan peperiksaan Atikah. Sesambil tu J pun ambil la gambar ketika berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah. Teringat zaman J sekolah asrama dulu... rindunya kat kawan-kawan dulu..
Blok kiri sekali asrama perempuan, yang tengah tu, surau dan yang paling kanan, blok kelas.
Kawasan sekitar of kos la sunyi sebab yang tinggal cuma murid-murid form 5 je.
J jumpa bunting ni depan pusat sumber. I like this quote..
Atuk & ma..
Orkid yang J jumpa kat taman dekat pejabat.

J ikut Achik pergi pejabat. Nak claim duit koperasi Atikah. Kat depan Pejabat tu ada akuarium. Cantik.. banyak tumbuhan dalam tu. Ikan dalam tu hanya ikan kecik-kecik jer.. Yang paling J tak tahan.. dalam banyak-banyak ikan yang ada dalam tu, ikan ni yang paling menarik hati J.. Ikan Lipas namanye.. hehehe...

Sambil menunggu Atikah abis exam petang tu, J lepak bawah pokok. Testing camera phone J yang tak berapa nak canggih ni.. (Kebanyakkan gambar J dalam blog ni di tangkap menggunakan camera dari hp Sony Ericsson K750i je..) dah agak lusuh dan penuh calar balar sebenarnya.. tapi masih boleh berfungsi dengan baik.. : )
nota kaki: kononnya kemudahan kat sini adalah yang terbaik dibandingkan dengan mana-mana MRSM yang ada kat Malaysia ni. Tapi........ hhhmm.... Banyak sangat benda yang boleh J tunjuk kat sini, macam yang nazir buat bila datang skola J aritu. Tapi.. yang pastinya.. kami sekeluarga agak kuciwalah juga...