Thursday, October 1, 2009

Kroih..kroih..

Ape itu tidur?

Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang di alami oleh kebanyakkan benda hidup di muka bumi ini. Orang dewasa biasanya memerlukan 6 hingga 8 jam tidur yang sempurna. Bila kita kurang tidur, fizikal & mental akan jadi cepat letih, lesu dan mungkin minda boleh menjadi lembab atau gagal berfungsi dengan baik. (sebab tu kalau korang mengantuk masa memandu, dinasihatkan supaya berhenti dan rehat)



Tidur adalah perlu untuk menjana semula tenaga dan memberi ruang kepada organ lain di dalam badan untuk bekerja ketika kita tidur. Sebab itu, kita perlu kasihani tubuh badan kita. Kalau dah letih sangat, tidurlah sekejap walaupun sepuluh minit. Walaupun sekejap..nikmatnya sangatlah best!!!



"Hutang tidur" adalah kesan kekurangan rehat dan tidur; hutang sebegini yang besar boleh mengakibatkan keletihan mental dan fizikal.Budak sekolah asrama, biasanya, kalau balik rumah mesti 'qada tido'. (I was a boarding school student, so I experience that a lot). Kalau dewasa perlu 6-8 jam, remaja memerlukan lebih dari itu. 9-10 mungkin. Lagi kecil umur seseorang. lagi banyak jam diperlukan untuk tidur.



owh... obscene sket.. hehe.. Oleh itu, sekiranya mata sudah memberi isyarat untuk melabuhkan tirai, tangan perlu memetik tutup segala suis yang menyala, mengoraklah kaki ke kamar beradu.. and take a bow... lie down and just sleep...



kalau dah tak daya nak bangun.. ko buat la macam mummy ni.Tido la dimana-mana sesuka hati anda. dia terbaliknya bekas makanan dia, pastu bergulung dia tido atas tu.. hehehe..

nota kaki: Kondisi J agak sayup-sayup... walaupun berjaya melawan kehendak hati untuk menyambung bacaan The Eclipse (Third Twilight Saga Series) dan kemahuan Amie menunggu dia mandi selama setengah jam, untuk menyambung perbualan...kerna J perlu bangun 5 pagi untuk sahur.. oh.. loceng dah bunyi... kena masuk klas... (ugghh... masih tidak berjaya melelapkan mata!!!)

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^