Monday, March 30, 2015
Packing, Moving out, Unpacking, Adjusting, Adapting and so on...
Monday, August 25, 2014
Sunday, June 15, 2014
Fumed
Wednesday, May 14, 2014
Bila bekas murid pun dah mula bertanya...
Terserempak dengan bekas murid.
Pernah ajar 5 tahun dulu.
Sekarang dah form 5.
Bersoal jawab macam main badminton.
Tiba-tiba...
Teacher dah kahwin ke?
Terhenti masa sesaat bila salah seorang bertanya.
Senyum.
Takpe..saya doakan teacher cepat kahwin dan doakan kami utk SPM juga tau.
Seorang yang lain laju menyampuk.
Amin.
InsyaAllah.
Ujian ini masih berlangsung.
Sedih?
Tidak dinafikan.
Namun, hanya Dia yang mengetahuiNya.
Semoga terus dikuatkan hati..ditabahkan jiwa..ditetapkan iman.
Tuesday, April 1, 2014
Jika Itu Takdirku
Bila cinta adalah keindahan, ku ingin melihatnya.
Bila cinta adalah luka, ku tak peduli berapa pahitnya dan
Bila cinta adalah air mata, ku akan tetap tersenyum walaupun dalam duka.
Jika inilah takdirku... aku ikhlas untuk setiap takdirMu.
Monday, March 31, 2014
It's not because of Monday
Saturday, March 29, 2014
Takde
Tapi dia takde
Balik cuti nak tengok muka dia
Tapi dia takde
Dia takde sebab pergi berziarah
Takpe, saya tak kisah
Dia takde sebab habiskan masa dengan anak saudara
Takpe, saya tak kisah
Dia tak pulang lagi sebabkan saya tangguh perjalanan pulang
Takpe, saya tak kisah
Dia tak seperti mereka yang sepangkat macam yang lain
Takpe, saya tak kisah
Dia selalu lebihkan orang lain dari saya
Takpe, saya tak kisah
Tapi... sampai bila saya nak pujuk hati sendiri tiapkali terbit rasa kecewa kerana dia...
Tuesday, March 18, 2014
Semoga Istiqamah
Wednesday, March 5, 2014
Nervous
Friday, February 14, 2014
Bila Niat Baik Disalah Erti
Pastinya ia tidak perlu dilisankan dengan kata-kata
Mahupun dicoret menjadi warkah
Tapi bila niat tulus telah disalah erti
Lisan mulai menyakitkan hati
Minda mula merumuskan tanpa waras
Hubungan mula pincang
Perasaan mula mati...
Dan mati...
Dan mati semula...
Wednesday, February 5, 2014
Terkocak
Tuesday, January 14, 2014
Maulidur Rasul
Thursday, December 26, 2013
Tiada Restu
Berkasih-sayanglah sampai 7 tahun pun...kalau tiada restu dan bukan jodoh, tak kiralah apa saja perbuatan tak cerdik yang pernah dilakukan...takkan jadi.
Apatah lagi percubaan berkasih sayang yang baru berusia sebulan.....
Simpati.
Mata Tak Mau Lena
Esok pagi kerja.
Jujur..belum bersedia untuk mula bekerja.
Macam-macam bacaan dah dibacakan.
Namun mata masih belum terpujuk.
Terujakah? Hmm...
Tiada rasa apa-apa sebenarnya.
Semangat berkobar hilang entah kemana.
Budak Jebat ni pun sibuk nak menyempit tidur sama.....
Tidurlah sejenak wahai diri kerana esok bakal menerima sebakul tugasan yang berkilo-kilo beratnya...
J: alangkah indahnya jika kamu ada untuk membisikkan kalimahNya kepadaku agar ia dapat mententeramkan jiwa gundah ini...
Wednesday, December 11, 2013
Wednesday, October 30, 2013
Janganlah Bengkak
Penyebabnya...
1. Tonton I Love you Mr Arrogant.
2. Tonton Jodoh Itu Milik Kita.
3. Berceritera dengan teman lama
Hari ini adalah hari pengosongan tangki ayot mata. Harap-harap tak bengkak lah mata ni esok.
J: susah betul nak buang tabiat nangis bila tengok cerita sedih kat tv... T.T
Tuesday, October 29, 2013
Janganlah Bengkak Wahai Mata
Penyebabnya...
1. Drama Love you Mr Arrogant.
2. Drama Jodoh Itu Milik Kita.
3. Berceritera dengan teman lama dari i.i.u.m.
Hari ini adalah hari pengosongan tangki ayot mata. Harap-harap tak bengkak lah mata ni esok.
Saturday, September 21, 2013
21 September 2013. Still breathing. Alhamdulillah....Thank you Allah.
Why should I feel down and lonely when all well wishes and prayers keep coming in on my day.. The moment Jebat climbs up just to cuddle with me, the rush of love runs in the veins..the feeling was totally overwhelming.. Even a little furball could make me feel so loved.
Alhamdulillah..I should be more grateful with all the blessings and love that I have right now. Could have never repay all the sacrifices done by Mak Iti since I was born till today. Should have been more thankful for still being able to breathe and repent for all sins that I've done. I really need to always refresh and remind myself that I must not be sad. I was never alone because I've always have Allah by my side..insyaAllah..always..
J: Dak Jebat bertuah ni demam selsema. Jangkit dari Nyet. Memerap je dia hari ni. Nak menempel dan menyondol je..
Wednesday, September 18, 2013
Tuesday, September 17, 2013
Mengantuk
Tak elok tidur waktu lewat petang menghampiri ke senja. Tapi bila dah penat sangat-sangat, kadangkala terbabas juga.
Tuntutan kerja seringkali menyebabkan tenaga diperah sehingga kering. Bila dah letih, mulalah mengantuk. Cepat benar rasa penat dan letih sejak akhir-akhir ni. Mm...dah tua agaknya.
Dengki betul bila tengok budak-budak ni terbungkang lepas makan. Kesimpulannya.. J tengah penat. Nak tido.








