Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

Kembara Umrah 2012 Pt 3

**Ini entri yang panjang dan bersiri. Perkongsian yang diharapkan dapat meleraikan rindu pada yang sudah ke  sana dan pembakar semangat serta memberi maklumat tambahan kepada yang bakal pergi**

Kembara Umrah 2012 Pt 1
Kembara Umrah 2012 Pt 2


Entri kali ni saya rangkumkan sepanjang keberadaan saya di Kota Mekah. 

Perjalanan ke Makkatul Mukarramah bermula dengan miqat di Bir Ali. Memang ini tempat persinggahan untuk bermiqat dari Madinah. jadinya memang banyak bas yang diparkir di sekitar masjid. Jadi kena berhati-hati  sebelum naik bas, bimbang tersilap naik bas. 



Perjalanan ke Mekah agak lama. dalam 7-8 jam. Sepanjang perjalanan memang tak ada apa-apa melainkan padang pasir.


Setibanya di tanah haram, hari dah gelap. Walaupun dah malam, kota Mekah tak pernah sunyi dan tak pernah diam.


Masa ni, dalam hati berdebar-debar tak terkata. terasa sangat degap-degup jantung di setiap langkah menuju ke pintu Masjidil Haram. Nampak tak muka cuak tu? ^_^


Alhamdulillah... syukur tak terhingga di atas nikmat rezeki pemberian Allah yang mengizinkan saya menjadi tetamuNya. Demi terlihatkan kaabah di depan mata, serta merta airmata mengalir...SubhanaAllah.. betapa indahnya apa yang terlihatkan dihadapan mata.  Terasa kerdil sangat diri ini. Walaupun banyak kekhilafan dan kejahilan dalam diri ini, masih Allah berikan ruang dan peluang untuk kembali ke jalanNya... hmm... hanya mereka yang dah pernah jejak kaki ke sini je yang tahu apa perasaan sebenar tatkala terlihatkan Kaabah. 

Setelah selesai umrah, kami bertiga bersaie'. Safa dan Marwah tidak pernah sunyi. Pada jam 3 pagi tetap penuh dan sesak dengan lautan manusia.



Ramainya orang dari serata dunia menunaikan ibadat tawaf menjelang Maghrib. Sebenarnya, tak kira masa. Sentiasa penuh dengan orang. Tambah-tambah lagi kalau hari Khamis dan kemuncaknya hari Jumaat. 


Satu-satunya meow jinak yang ditemui dalam perjalanan pulang dari masjid. Selamba melepak disitu dan tak lari bila disentuh. Tapinya kesian kucing-kucing kat Mekah ni. semuanya comot-comot dan kurus belaka. hmm... kenapa ya?


Ziarah ke Jabal Rahmah, di mana tempat bertemunya Adam & Hawa. 


Sepotong doa juga telah dititipkan disini. Semoga satu hari nanti insyaAllah, Dia akan dimakbulkan.


Dalam lautan manusia yang membanjiri Masjidil Haram, dengan izinNya pasti ada ruang untuk kita beribadat. Walaupun kelihatan seperti tiada ruang untuk kita mencelah, namun dengan kuasanNya pasti ada ruang yang secukupnya untuk kita beribadat. Cumanya NIAT kita kena sentiasa betul. Apa yang dibuat hanya untukNya. 


Air zam-zam ada di mana-mana sahaja. Sentiasa akan diganti baru jika sudah kekeringan. Tidak perlu risau jika merasa dahaga pada bila-bila masa. Sejuk atau tidak, semuanya ada. Selain diminum, ada juga yang berwuduk gunakan air zam-zam ni. Nak ke tandas agak jauhlah juga. Jadi ramai yang ambil air zam-zam secawan dan berwudhu'.


Selepas tawaf dan saie' kedua, kaki saya dan mak Iti sakit. Walaupun sakit, tidak bermakna tidak boleh melakukan ibadat umrah. Ada khidmat penyewaan skuter di tingkat 1 (sekarang dah tak ada kalau tak silap). Boleh digunakan untuk tawaf dan saie'. 100 riyal bayaran sewa yang dikenakan. jadi tak ada alasan untuk melepaskan peluang beribadat bila sudah berada disini....kan? Kalau takda skuter ni, boleh upah pak-pak arab tolak kerusi roda. Kita cuma duduk dan baca sahaja doa-doa yang perlu dibaca. 


Terus terang... kalau nak tawaf, tawaf la sendiri, di atas kaki sendiri, mengelilingi kaabah. Nikmatnya lebih indah berbanding naik skuter/kerusi roda di tingkat satu. Walaupun, matahari tegak atas kepala, tidak sekali pun J terasa teriknya panas matahari. Betapa besarnya kuasa Allah. Sepanjang tawaf, tak terasa panas langsung. Tak berpeluh. Malah terasa seperti ada angin yang bertiup menyejukkan diri ini di tengah-tengah ribuan manusia di kiri kanan depan belakang saya. Ikut logiklah, datang dari mana angin tu kalau dah ramai orang yang turut sama tawaf keliling saya kan? Ketika sujud untuk solat sunat tawaf juga, tidak terasa kepanasan lantai yang terdedah kepada cahaya matahari. Itulah kebesaran kuasa Allah yang tak dapat langsung kita nafikan.


Cuaca sangat panas sepanjang berada di Madinah & Mekah. Kalau pergi masa cuti sekolah tengah tahun memang panas. Saya sentiasa berkaca mata hitam untuk mengelakkan pening kerana silau cahaya matahari yang terik. Alhamdulillah.. sekali pun tak pening dek kerana silau yang sangat menyucuk mata.


15  Rejab 1433H. Cantik bulan menghiasi langit.


Masjidil Haram dalam proses pengubahsuaian, pembesaran dan penambahbaikan. Sangat kasihan melihat pekerja-pekerja pembinaan yang bekerja dalam panas terik matahari setiap hari. Betapa besarnya pahala mereka membina kemudahan yang bakal digunakan oleh lebih ramai lagi muslimin dan muslimat. 


Oh ya... kalau dah ke ladang unta, mesti ambil gambar dengan unta. Masa ni terlupa nak bawa kamera. Jadi gambar ni guna kamera telefon yang pixelnye agak kecil. Kalau dah ke ladang unta jangan lupa cuba minum susu unta. Lepas perah terus boleh minum. Dengan syarat jangan cium bau. terus minum. Lemak & berkrim. Sangat sedap tau!



InsyaAllah saya telah doakan supaya rakan-rakan yang saya kenali yang belum menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah, akan segera dijemput menjadi tetamuNya pula. Untuk diri saya sendiri juga saya doakan supaya dimurahkan rezeki supaya dapat kembali ke situ. Jika tidak bersama ahli keluarga, insyaAllah bersama pasangan saya nanti. 

Semoga anda yang membaca, yang tidak saya kenali juga diberi kesempatan untuk merasai dan menikmati kebesaranNya yang tak sepenuhnya saya kongsikan disini. (maaf, saya bukan orang yang pandai bercerita) Baca cerita atau dengar cerita tak sama bila kita sendiri yang alaminya... Semoga Allah sentiasa merahmati kita dan melimpahi kita dengan kasih sayang dan rahmatNya untuk sentiasa ingat kepadaNya. 

J: Setelah setahun berlalu....... Alhamdulillah.... satu persatu doa-doa yang saya panjatkan kepadaNya, telah diterimaNya dan dikabulkan. Semoga doa saya di Jabal Rahmah juga akan dikabulkan satu hari nanti. Aminn...

Tuesday, May 28, 2013

Kembara Umrah 2012 Pt 2

**Ini entri yang panjang dan bersiri. Perkongsian yang diharapkan dapat meleraikan rindu pada yang sudah ke  sana dan pembakar semangat serta memberi maklumat tambahan kepada yang bakal pergi**

Kembara Umrah Pt 1

Hari kedua. Selepas solat Isya'. Malam berinai. Dah lama simpan, tahan, pendam keinginan untuk berinai. saya memang suka berinai. Sedari kecil, pantang ada kenduri kahwin, mulalah sibuk mengendeng pengantin hulur jari mintak diinaikan juga. (Dalam umur-umur begini segan dah nak berinai tanpa alasan munasabah, mulalah orang bertanya itu ini begitu begini)


Hari ketiga. Selepas sarapan bersiap sedia untuk berziarah di sekitar Madinah. Lupa nak cerita dalam entri Pt1. Umrah ni J dan keluarga pergi dengan Travel Agent Darul Mubarak. Alhamdulillah. Sangat puas hati dan saya memang sarankan kepada anda jika berminat.


Masjid Jumma. Kalau tak silap. Tak singgah. Lalu je.


Masjid Quba' yang sangat indah.


Diluar Masjid Quba' selepas solat sunat dengan Pak Mat. 


Kat luar masjid ada macam-macam orang berjualan. Macam-macam ada macam kurma, tasbih, selipar, celak, minyak atar, mm.. macam-macam lah. Yang best kat sini ada yang jual kurma segar. Kurma tu pulak diletakkan dalam peti ais. Dalam keadaan cuaca panas tu, dapat kurma segar yang sejuk tentulah melegakan tekak kan? ^_^


Mutawwif kumpulan kami. Ustaz Arif. Orang Indonesia yang dah lama bekerja sebagai mutawwif. sering berulang alik dari Indonesia, Malaysia, Mekah & Madinah. 


Wang kertas 500 riyal yang Pak Mat dapat setelah tukar daripada ustaz Arif. Teruja bila belek ke balakang nampak gambar Masjidil Haram. Tak sabar menanti esok untuk bertolak ke Makkah.


Kemudian kami singgah ke ladang kurma di Madinah. Kononnya sedikit mahal kat sini. Tapi jangan risau jika tak cukup wang riyal kerana di dalam kedai tersebut ada penggurup wang dan juga mereka terima juga matawang Malaysia. Selain dari kurma, manisan, buah aprikot kering, buah tin, kismis dan kekacang juga ada disini.


Persinggahan seterusnya kami ke Jabal Uhud. Gambar di bawah ni makam para pahlawan yang syahid semasa perang Uhud.




Latarbelakang gambar di bawah adalah banjaran jabal Uhud. Sebelum mendarat di lapangan terbang Madinah, saya dah nampak kawasan berbukit-bukau luas berwarna merah dari atas kapal terbang. Keindahan dari atas sangat menakjubkan. boleh nampak pulak bayang-bayang kapal terbang kecil je kelihatan di bawah. Subhanallah...terharu kerana dapat melihat keindahan itu.


Setelah itu, perjalanan diteruskan ke Kilang mencetak Al - Quran. Dalam perjalanan, mutawwif memberitahu kediaman diatas bukit tersebut adalah istana raja Arab Saudi.


Ramai yang sudah maklum, kaum wanita tak dibenarkan sama sekali masuk ke dalam kilang percetakan. Hanya boleh me'lepak' di ruang pameran yang mana ruang sama dimana anda boleh beli Al Quran. 


Sementara tunggu kaum lelaki keluar, setelah beli beberapa naskah AlQuran, duduk lah sekejap melepaskan lelah sebentar.


Masa ni ada yang bertanya kepada Mak Iti. Mungkin dia dah lama perhatikan saya agaknya dan mahukan penjelasan. Apa lagi kalau bukan pasal niqab yang saya pakai. Dia sangka saya memang pakai sepenuh masa kerana ada salah seorang jemaah kumpulan kami memang pakai niqab juga. Mungkin agaknya dia tak pasti sama ada saya senyum atau tidak pada dia disebalik niqab tu agaknya... :)

Balik ke hotel, jumpa ini di ruang makan. 


Dan jumpa ini di kedai berdekatan hotel. Sedap.


Hari Terakhir di Madinah. Saya ajak Mak Iti sekali lagi untuk masuk ke Raudhah. Alhamdulillah. Diizinkan Allah. Kali ini lebih mudah. Sementara tunggu Zuhur, saya bersiar-siar di sekitar kawasan Masjid Nabawi.


Melepaskan lelah sebentar.


Zuhur terakhir, kami solat di luar masjid. Penuh dengan kaum muslimat di bahagian dalam pintu-pintu tersebut. Well... tak pernah tak penuh pun. Bila dah terlalu ramai...Agak susah nak celah. Ketika azan berkumandang masih juga ramai yang berpusu-pusu cuba masuk walaupun dah penuh.


Seusai doa, serta merta hati ni sayu dan berterusan hati berdoa supaya dapat jejakkan kaki lagi ke sini suatu hari nanti. Sedih yang teramat setelah wida'. Sungguh tak dapat nak tahan  setiap titisan airmata yang menitis sepanjang perjalanan pulang balik ke hotel.

Nanti kita sambung lagi ya?



Sunday, May 26, 2013

Kembara Umrah 2012 Pt 1

**Ini entri yang panjang dan bersiri. Perkongsian yang diharapkan dapat meleraikan rindu pada yang sudah ke  sana dan pembakar semangat serta memberi maklumat tambahan kepada yang bakal pergi**

Pada tarikh yang sama pada hari ni, 26 Mei 2012, SETAHUN yang lepas, merupakan hari kedua saya jejakkan kaki di Madinah. Alhamdulillah... dengan izinNya, saya menjadi tetamu di tanah kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Ya... ini cerita SETAHUN yang lepas. sengaja saya simpan cerita ini. Kerana merasakan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan ketika itu.. tak tau nak cerita macam mana... tapi terasa seperti belum masanya untuk saya ceritakan tentang perjalanan saya yang penuh dengan ketenangan itu.


Perjalanan hari pertama adalah  pada hari Jumaat. Walaupun diuji sebelum bertolak pergi dengan kelewatan penerbangan. Zikirullah tetap tidak lekang dari bibir diiringi doa dari rakan-rakan yang pada hari yang sama menyambut sambutan hari guru di sekolah.


Saya ke sana dengan Pak Mat & Mak Iti. Alhamdulillah... masih berpeluang kesana bersama-sama mereka.


Dalam perjalanan, isi kandungan dalam plastik coklat itu sangat mengujakan saya. Saya ni peminat aiskrim Magnum. dan bila dihidangkan aiskrim ini, saya menyengih sampai ke telinga. Bertambah lebar lagi bila kena habiskan Mak Iti punya aiskrim. ^_^


Perbezaan masa di Madinah adalah 5 jam lewat dari masa Malaysia. Jadinya ketika hampir tiba, langit cerah menghampiri tengah hari. 


Touchdown. Lapangan Terbang Madinah kelihatan kecil yang mana saya sangka pada mulanya besar. Maklumlah setiap masa menerima ribuan tetamu yang datang dan pergi setiap hari.. rupanya kecil sahaja. KLIA kita berpuluh kali ganda besarnya. 


Terima kasih MAS. Burung besi ini yang membawa kami terbang dengan selamatnya.


Dalam hati ini tak pernah berhenti berdebar. Dalam debaran tu saya bersyukur kerana diberi peluang kesini. Dan... peringatan juga kepada anda-anda yang sampai ke airport Madinah ni. Jika boleh tarik beg sendiri, tariklah sendiri untuk mengelakkan ditipu porter kat situ. mula-mula kata mereka 30 riyal sahaja untuk satu troli. Tapi bila sampai di bas, mereka mintak 90 riyal untuk 3 beg.. beg saya, Pak Mat & Mak Iti. Jadi...kalau boleh tarik sendiri, tariklah sendiri ya?

Bandar Madinah agak sibuk. Terdapat banyak construction sana sini. Mak Iti kata dah banyak perubahan dari kali terakhir dia ke sini. Sampai di hotel. Check in. Mandi. Rehat. Solat jama' dan bersiap untuk ke Masjid Nabawi.


Kagum dengan keindahan senibina masjid ini.
(Gambar yang saya ambil tidak berapa dapat menterjemah keindahan masjid ini. Maaf)


Hari kedua, selepas sarapan pagi, ziarah pertama dilakukan. hari masih pagi. Tapi payung sudah ditebarkan. Kalau ke sini semasa cuti sekolah tengah tahun, bersiap-sedialah dengan musim panas. 


Peringgahan pertama adalah memberi salam kepada Nabi Muhammad SAW.
(dibawah kubah hijau itu adlah makam nabi junjungan kita)
Oh ya... saya memakai niqab kerana pada musim panas, debu dan pasir berterbangan. Dengan niat nak menjaga kesihatan saya memakai niqab tersebut. 


Makam Baqi...di mana para sahabat telah dikuburkan disitu. Doa juga dititipkan buat para sahabat di situ.


Selepas tu, kami menuju ke Raudhah. Untuk masuk ke Raudhah harus mengikut masa-masa tertentu dan juga mengikut kumpulan. dalam keadaan bersesak-sesak, Alhamdulillah... dipermudahkan untuk ke saf paling hadapan yang paling direbuti semua yang masuk ke situ. Solat sunat didirikan, doa ditadahkan... semoga Allah mendengar keampunan dan keberkatan yang dipohon.


Di hadapan pintu Raudhah. Masuk pintu lain, keluar pintu lain. Jadi sila ingat dimana anda letak selipar anda. ^_^


Salah satu bucu dan menara Masjid Nabawi di tengah hari.


Hampir masuk waktu Maghrib. Para jemaah mula sibuk merebut tempat yang terbaik untuk menunaikan solat.

oh... panjang sangat sudah... nanti kita sambung lagi ye? insyaAllah...

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^