Friday, January 15, 2010

saye cedera...

mmm.. bukan J yang cedera. Tapi Cik ViSaye. (-_-)

I was on my way back to my hometown just now. As usual, I'll take the normal route along the coastal area. Last week pun J balik juga, tapi keadaan jalan aman dan damai sangat. Hari ni, asik mengekor bontot lori je..  Lepas potong satu lori, jumpa lori lagi kat depan. Lepas satu, satu, lori bersusun disepanjang jalan.

Sampai kat area Bukit Rotan, masih ada lori di hadapan J. Lori yang sangat besar dan panjang. Kanvas penutup lori tu berlubang-lubang. Jadi cebisan lubang tu berterbangan ditiup angin. Dalam hati ni dok tertanyalah jugak.. apelah yang ada dalam lori tu.  Walaupun berpeluang untuk overtake, J masih maintain ikut bontot dia. Sekali... tiba-tiba... J nampak sebatang kayu, terbang melayang keluar dari salah satu lubang kanvas tu jatuh atas jalan. Allah!!! Terus tekan brek. Untung nasib, dapat la elak dari terkena kayu tu. Apekan daya... nasib tak menyebelahi J dan terkena bahagian depan Cik ViSaye. 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah... J tak ikut rapat belakang lori tu. Kalau tak mau berkecai cermin keta tu dibuatnya... I might end up in the hospital.. I guess.. J ingat tak de ape kot,sebab bunyi kayu yang kena depan kereta tu tak kuat. J berhenti solat kat Petronas Tanjung Karang, lepas solat tu baru J tengok kereta. Terduduk J depan kereta tu bila tengok plat hilang & lampu kecik bawah tu terkulai... terkontang konteng.. Rasa macam jantung berhenti berdegup untuk beberapa saat.. Termenung kejap J kat situ.



Nampak macam takde ape yang cederanya kan? Tapi... plat mungkin hancur pecah tercicir merata jalan dan tempat letak plat tu pun pecah jugak...

Lampu ni pulak,nasib tak pecah.. mungkin bracket skru pecah, sebab tu dia tergantung terkeluar dari tempatnya. J cari selotape dalam beg. Takde. Terus J masuk dalam Petronas tu, mintak selotape dari adik-adik kat kaunter tu. Belasah lah.. janji tak cicir tengah jalan sudah.



Walau macam mana berhemahnya kita di jalan raya... kalau orang lain tak fikir atau pentingkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.. inilah salah satu akibatnya...

Sian Cik ViSaye...

nota kaki: Sian jugak kat tuan Cik ViSaye tu... dah lah agak-agak sengkek nih... tiap-tiap minggu pulak kena balik... hhmmm.. Sedih tol... Bukan rezeki J la tu agaknya...

3 comments:

  1. Tak apa J. Asal selamat kereta rosak sikit tak apa. Nasib baik kena kereta, kalau pemandunya? :-D

    ReplyDelete
  2. thanks... alhamdulillah. J berjaya sampai ke rumah dgn selamatnya..

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^