J pernah buat entri teka teki ape benda cockroach trap tu.
Bukan contest yer.. takde hadiah-hadiah.. hehe..
Puan Murni berjaya teka dengan betul!!!!!!
Memang cicak pun. Sebenarnya dah lama dah J berjaya memerangkap cicak ni. Lama jugaklah terperapnye entri ni dalam draf... hehe.. lupe nak update. J tak tangkap cicak ni kat rumah. Tapi dalam Cik ViSaye.
Yang boleh terperasankan ada cicak dalam kereta tu, masa balik dari pasar pagi Ahad. Sebelum masuk kereta, J nampak macam ade benda asing atas seat. Uikss.... ape tu? Oh Nooooo..... ish..ish... rupanya selama J berulang alik dari KL ke Perak selama ni, bertemankan cicak.. adoilaa.. Ni bukan cicak biasa yang jumpa kat siling-siling rumah. Kulit dia pun macam lain semacam jer. Eii... tak boleh jadik ni!
Balik rumah.. selongkar laci-laci, cari roach trap. J tabur nasik sikit atas roach trap tu. Letak tak lama pun. Dalam 3 jam lebih.. sementara tu.. J pegi tengok wayang dulu. Masuk je kereta lepas tengok wayang, terus terkam trap tu. Hah...BERJAYA!!!!!!! siap bersemut lagik.. Boleh tahan besar jugak. Ya Allah... macam-macam rupanya penghuni dalam Cik ViSaye ni ekk? Dalam kereta korang ade binatang peliharaan tak???
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..