image from tv3.com
Cinta tak semestinya memiliki.
Tak semestinya apa yang kita nak, yang kita mahukan, yang kita ingini, yang kita cinta... akan menjadi hakmilik kita. Macam ending sedih Na O Mei semalam. Setelah menunggu bertahun-tahun, baru ketemu cinta pertama. Itupun setelah masing-masing dah bahagia dengan keluarga masing-masing. Tak semestinya juga apa yang kita TAK NAK tu.. Kita takkan dapat. Mana tau, tiba-tiba kita boleh dapat pulak? Macam karier J sekarang, memang J TAK NAK. Tapi.. Allah telah tetapkan inilah mata pencarian utama J sekarang... Alhamdullillah. Bersyukur dengan segala pemberianNya.
Series baru dah mula... Adamaya...mm... macam movie yang pernah J tonton dulu.. ape tajuknya ntah... Kalau tak silap, I'm Not Single. Heroinya masih sama, Lisa Surihani, cuma heronya ditukar dari Farid Kamil kepada Sein... citer jiwe-jiwe... David Teo punya production... boleh tahan la... layan jer.
nota kaki 1: tak pernah lupa cinta pertama.... sesekali ia tetap muncul dalam ingatan.... di ingatan sahaja... bukan di hati....
nota kaki 2: tak semestinya bila dah lama bercinta, cinta itu tak perlu disemarakkan. ai lap u, but ai oso hate u!


No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..