orang: Kerja cikgu ye? Senang lah kan... banyak masa lapang...
cikgu: korang ingat jadi cikgu sekarang senang ke?
Tadi sempat jeling je. Tak sempat baca pun... For more details click here.
My Thursday schedule are always packed. 4 classes to enter with 30 minutes (usually less..) breaks within each classes. Nak makan pun tak sempat. Even sekarang pun belom lunch lagi. Sempat makan kuih lapis & karipap je. Tu pun kelam kabut turun dari kelas pergi kantin, sebab rasa dah nak menggeletar kepala lutut nih... Isu ni sudah di perhalusi dari pelbagai aspek. Pelbagai cara. Tapi masih belum berjaya di atasi. NUTP masih tak jemu-jemu memperjuangkan nasib guru-guru.. Terima Kasih yang tak terhingga kepada yang terlibat.
Tiba-tiba teringat, seseorang kata 'we are going to be paperless, everything will be done online' (lebih kuranglah kot..takde la sebijik yek?) Kononnya nak membantu guru-guru, nak kurangkan segala kertas kerja yang remeh temeh. But I didn't see that happen at all. I noticed that now days, banyak borang dan data kena isi online. Tapi yang buat J tak faham tu, kalau dah isi online, kenapa wajib hantar hardcopy juga?????
Kalau sekeping dua, adelah maapnye.. Kalau data satu sekolah? isshh.... Berbatang-batang pokok kena korban dah tu. Bukan setakat satu salinan, malah 2 salinan. Satu ke JPN, satu lagi ke PPD? What happen to the "paperless" campaign? Akak ni buta le jugak pasal IT ni kan... Bukanke kalau dah submit semua maklumat dan data melalui online, maklumat akan tersimpan di dalam server. Dan tugas Unit IT di tempat yang dikhaskan mestila buat segala backup yang perlu kan? (jadi takdelah hilang data-data tu)
Tak boleh ke, mereka print terus dari server?
Kenapa masih lagi menuntut hardcopy dari sekolah-sekolah?
Kenapa? Ade sesiapa yang boleh terangkan kegelapan yang dialami ini?
nota kaki: Orang kata senang jadi cikgu. Tapi... seksa ke jadi cikgu?
ya, itu adalah salah satu masalah juga..
ReplyDeleteitu yg dihantar 1 salinan.. tp ug nk simpan dlm fail mgkn ada2 fail jgk yg nk disimpan kan??