Kerja sebagai GURU ni GLAMOUR dan POPULAR. Sampai keluar front page tuu....
Bila tiba musim peperiksaan....
Banyak kertas yang perlu ditanda.
Syukur meniti dibibir bagi yang mencapai kejayaan... walau hanya sedikit.
Kasar tangannya bagi mereka yang masih menggunakan kapur di sekolah masing-masing.
Meja yang kini tiada lagi kemas sebegini rupa. Penuh dengan pelbagai buku murid, kertas ujian dan buku rujukan.
Membawa murid-murid ke kursus motivasi dan teknik menjawab soalan peperiksaan tanpa berkira.
Perlu tahu pelbagai subjek...bukan setakat yang hakiki. Sesekali, diperlukan untuk mengajar anak murid bertilawah.
Menganjurkan pelbagai program demi menambah kepelbagaian aktiviti murid selain menarik minat dan menambah pengetahuan mereka.
Tetap hadir bekerja setiap Sabtu yang cutinya diganti. Walaupun yang hadir hanya beberapa kerat.
Mengiringi murid-murid prasekolah walaupun tidak pernah mengajar mereka.
Melakukan tugas-tugas sebagai guru kelas sekiranya diberi tanggungjawab itu.
Pendek kata... seorang cikgu perlu tahu bidang yang pelbagai.
Bukan hanya sekadar mengajar dan menanda buku.
Pengorbanan yang perlu selalu dilakukan setiap masa dalam sedar dan juga tidak.
Diam tak diam... tak sangka......
SELAMAT HARI GURU
(^_^)
untuk diri saya sendiri dan semua guru tak kira mengajar matapelajaran atau bidang apa sekali pun.
Notakaki: Kalau dan namanya MENGAJAR... hatta mengajar memandu, buat cupcake, buat kraftangan.. termasuk SEMUA IBU dan BAPA... kita semua adalah GURU!


Selamat Hari Guru juga untuk Ms J!!
ReplyDeletetahniah kerana menjadi seorang pendidik :)
Selamat Hari Guru juga untuk Ms J!!
ReplyDeletetahniah kerana menjadi seorang pendidik :)
selamat hari Guru Kak Jaja :) moga terus tabah dalam mencurahkan ilmu kepada anak bangsa dan terus dilimpahi rahmatnya. insyaallah
ReplyDeleteSelamat Hari Guru utk Ms J
ReplyDeleteterima kasih semua... ^__^
ReplyDeleteSelamat Hari Chekgu Ms J ...
ReplyDeleteIkhlas drp Chekgu Besar N ... hehe
Thank you Chekgu Besar N!!
ReplyDelete