Friday, May 20, 2011

Saya mimpi dia...

Saya kerap mimpi dia sejak akhir-akhir ini. 

Dia yang pernah menyuarakan hasrat supaya saya ada bersamanya ditempat yang indah ini... 


Yang terbaru amat mengharukan...
Bersungguh-sungguh dia mempertahankan saya, memujuk saya dan bersedia menerima saya seadanya.. Atas sebab situasi apa dan bagaimana saya tidak pasti. 

Yang saya ingat saya pun bersungguh-sungguh menangis dalam pelukan dia. (dasar cengeng... gitulah... hehehe..) Dan akibatnya, mata bengkak dipagi hari bersama sisa air mata yang kering dihujung mata akibat tangisan dalam mimpi itu.

Fuhhh... hebat betul kesan yang dia tinggalkan dalam kehidupan saya. Sehingga termimpi-mimpi... Ia membuatkan saya terfikir panjang, apakah signifikan dia dalam hidup saya, sampai dalam minda separuh sedar (mimpi) saya terlalu lega dan terharu apabila dia berbuat begitu kepada saya? Begitu pentingkah kehadiran dia dalam hidup saya sampai saya terpujuk dan terharu sehingga begitu sekali?

Tiada kesimpulan yang saya dapat fikirkan kecuali kerana dia yang selalu menggembirakan hati ini dikala hati ini berduka dan dia juga selalu mengembalikan kaki ini jejak ke tanah tiapkali mula terawang-awang kehilangan arah tuju. 

Doa saya agar dia sentiasa berada dalam lindungan Allah dan mendapat restuNya untuk bertemu dengan apa yang dihajatinya.. Aminnn...






notakaki: Semenjak ketiadaan saya di lamansosial, hanya dia yang perasan. Hanya dia yang mencari saya... bertanyakan khabar... hmmm.... alhamdulillah... sekurang-kurangnya masih ada yang mengambil berat...adakah saya juga punya signifikan dalam hidupnya?

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^