Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru!

Kerja sebagai GURU ni GLAMOUR dan POPULAR. Sampai keluar front page tuu.... 


Bila tiba musim peperiksaan....


Banyak kertas yang perlu ditanda.


Syukur meniti dibibir bagi yang mencapai kejayaan... walau hanya sedikit.


Kasar tangannya bagi mereka yang masih menggunakan kapur di sekolah masing-masing.


Meja yang kini tiada lagi kemas sebegini rupa. Penuh dengan pelbagai buku murid, kertas ujian dan buku rujukan.


Membawa murid-murid ke kursus motivasi dan teknik menjawab soalan peperiksaan tanpa berkira.


Perlu tahu pelbagai subjek...bukan setakat yang hakiki. Sesekali, diperlukan untuk mengajar anak murid bertilawah.


Menganjurkan pelbagai program demi menambah kepelbagaian aktiviti murid selain menarik minat dan menambah pengetahuan mereka.


Tetap hadir bekerja setiap Sabtu yang cutinya diganti. Walaupun yang hadir hanya beberapa kerat.


Mengiringi murid-murid prasekolah walaupun tidak pernah mengajar mereka.


Melakukan tugas-tugas sebagai guru kelas sekiranya diberi tanggungjawab itu.


Pendek kata... seorang cikgu perlu tahu bidang yang pelbagai. 
Bukan hanya sekadar mengajar dan menanda buku. 
Pengorbanan yang perlu selalu dilakukan setiap masa dalam sedar dan juga tidak.


Diam tak diam... tak sangka......


SELAMAT HARI GURU
(^_^)
 untuk diri saya sendiri dan semua guru tak kira mengajar matapelajaran atau bidang apa sekali pun. 


Notakaki: Kalau dan namanya MENGAJAR... hatta mengajar memandu, buat cupcake, buat kraftangan.. termasuk SEMUA IBU dan BAPA... kita semua adalah GURU! 

7 comments:

  1. Selamat Hari Guru juga untuk Ms J!!

    tahniah kerana menjadi seorang pendidik :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru juga untuk Ms J!!

    tahniah kerana menjadi seorang pendidik :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari Guru Kak Jaja :) moga terus tabah dalam mencurahkan ilmu kepada anak bangsa dan terus dilimpahi rahmatnya. insyaallah

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Chekgu Ms J ...

    Ikhlas drp Chekgu Besar N ... hehe

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^