Saturday, June 5, 2010

Nak kena lastik ke?

Ingat tak masa korang sekolah dulu....
Kadang-kadang bila cikgu tak masuk kelas, mula la memasing berputar ligat otak cari idea nak main apa... kan? Kadang-kadang, bila dok sibuk terbelek-belek benda-benda yang kita buat main tu masa cikgu tengah mengajar, silap haribulan kena RAMPAS. Confirm jugak, akan menjadi harta karun cikgu tu.

J pun dah pernah rampas macam-macam mak nenek dari anak-anak murid yang sibuk buat benda lain ketika J sedang mengajar di hadapan. (gila juling bijik mata nak perhati semua budak dalam kelas...~ok, tipu jek, tak juling pun~hehe..). Kali ni J rampas kapur & kertas yang dah dilipat kecil-kecil.


Kenapa J rampas kapur-kapur ni? Puncanya, terkantoi bila sorang murid balik dari tandas membawa bersama dia secekak kapur dan letak di dalam kotak tepi papan hitam. Mulanya J tak ambil kisah sangat. Lepas tu, ketua kelas bangun dan kutip kapur-kapur tadi dan letakkan didalam bekas plastik tu di dalam meja yang terlindung oleh lapik meja tersebut. J pun pelik lah..kenapa pula nak sorok-sorok. Rupa-rupanya, Kapur-kapur tu mereka buat main. Patah-patahkan menjadi kecil dan main tuju-tuju kawan. Oh no...ia harus dihentikan. Terus J ambil bekas plastik tersebut. Dan bagi warning sekali. Kalau mereka didapati main lagi macam tu, semua orang dalam kelas tu kena telan kapur-kapur yang dah dipatahkan untuk dibuat main tuju-tuju tu. Diam semuanya. Ada juga yang tersengih.


Esoknya, dari kelas yang sama. J nampak ramai yang sibuk koyak kertas dan lipat kecil-kecil.Minggu tu minggu exam, jadi semua duduk jauh-jauh. Apa lagi... idea baru timbul lah pulak nak kacau kawan-kawan melastik guna getah. Korang mesti pernah main tembak kawan dengan kertas macam ni kan? Lagi kecik kertas tu, lagi sakit lah kalau kena lastik, kan?


Macam-macam la korang ni... Lain kali kalau ticer nampak lagi korang main benda-benda ni. Ticer lastik kan aje ye.. Sengih lagi. (Sumpah tak tau takut... adoiila..). Korang selalu main apa dalam kelas waktu cikgu takde ye? hehe..

nota kaki: Bersarapan air mata. Terluka & terkilan kerana ada yang lupa pada janji. Demi memujuk hati, hanya anak-anak berbulu yang dapat menghiburkan hati yang lara.... tak perlulah dipujuk anak-anak, kerana penyudahnya, salah itu milikku jua...

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^