Sejak dua menjak ni (dah lama la jugak), ma selalu jaga pemakanan kami sekeluarga. Macam-macam benda dia beli yang organik je. Sekarang ni beras kat rumah kampung dah tak beli kat supermarket beli kat sini je.
Seronok tiap kali pegi seronok tengok beras-beras dalam kedai ni. Macam-macam beras ada. Beras wangi, beras perang, beras basmathi, beras organik, beras pulut.. pendek kata macam-macam beraslah.
Selalunya, kami makan beras ni. 10 Organic Grains. Tapi mama panggil beras burung. Sebab macam-macam biji-bijian ada dalam beras ni. Mahal la sikit. Tapi baik untuk kesihatan. Macam-macam ada dalam campuran beras ni termasuklah barli, flax seed, beras pulut hitam, beras perang dan macam-macam lagi.
Beras ni sesuai sangat untuk mereka yang hendak jaga diet. Terutama sekali baik untuk mereka yang menghidapi penyakit diabetes. Sebabnya beras ni kurang sangat kanji dia. Lagipun tinggi kandungan seratnya. Jadi, bila makan beras ni, mudahlah juga proses penghadaman perut. Bila masak warna dia pun bertukar jadi ungu pucat, mungkin sebab ada beras pulut hitam dalam tu agaknya. Rasanya pun agak kenyal. Cumanya tak sesedap beras wangi yang banyak kanji lah. Dah nama pun beras kesihatan kan?
nota kaki: 1. banyak hari tak selera nak makan nasi... kesian nasi tu....heh..
2. Dua tiga hari ni rasa tawar. Minum tawar. Makan tawar. Hati tawar... uurrmm.....
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..