Wah... ada duta pulak datang ke skolah J ke?
Oo.. tidak sama sekali. Duta yang J maksudkan duta kecik je.. Kecik tak kecik tapi tingi juga orangnya. Berwajah mirip ayahnya yang berasal dari German. Ibunya orang Malaysia.
Peter Adam Wigler (kalau tak salah la)
Patrik Adam Ricky Winkler (yang ni memang betul), murid baru masuk kelas kelas tahun tiga yang J ajar. Rupanya macam cerdik, budi bahasa (masih lagi) baik & terkawal... tapi malangnya. Adam ni tak pernah bersekolah sejak tahun 1. Jadi knowledge yang dia ada hampir sifar. Adam boleh bertutur dengan baik. He also could understand English Language too whenever I converse to him in English. Kasihan... Tidak pandai menulis, tidak pandai membaca.... J pun tak pasti kenapa Adam tiddak disekolahkan sejak berumur 7 tahun. J agak.. mungkin ada masalah keluarga.
Buat sementara ni, Adam ditempatkan sepenuh masa di dalam kelas pemulihan. J ada menyimpan hasrat nak mulakan mengajar BI yang mudah kepada dia... Tapi kena rujuk buku BI prasekolah la dulu agaknya....
Maka dengan ini... bertambahlah satu lagi cabaran untuk J dan kawan-kawan yang mengajar kelas itu. J berharap dia sudah boleh menulis dan membaca bila sampai akhir tahun nanti.
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..