Kasut.. oooo... kasut. J suka tengok kasut yang chantek-chantek..comel-comel... Malangnya, my feet are too sensitive with ANY FULL COVERED shoes.. except sport shoes. Paling tak suke bila kaki J ni sensitip dengan kasut nak pakai pegi kerja. Tak kira high heel pumps, low heel pumps, loafer, peep toe, open toe, close toe... sume tak boleh pakai... bencikkk!! Tak leh la mak nak melawa sket..
suke sangat kasut ni...tapi....
Hati kecil ni teringin nak pakai kasut-kasut gitu. Tapi... My feet tak pernah nak kasik can... (-_-) Tak kiralah kasut murah ke.. mahal ke... Branded ke.. tak branded ke.. semuanya kerja nak mengeget jer..
hari ni kena geget lagik.. iskk..isskk..
Dulu-dulu pernah kengkawan bagi petua. Gigit kasut tu dulu sebelum kaki kita yang kena gigit. hisshh... Takde pekdahnyer.. Kena gigit jugak akhirnya... Pulak tu.. amik masa lama pulak tu nak hilang parut luka tu. Pakai setokin pun melecet gak.. tak pakai stokin lagik la.. jadik la macam kat atas tu. Bukan takat tak takleh pakai full covered shoes, kaki ni kena pakai yang comfy-comfy jer. Tak comfy, mulala sengal sana sini... ngengada tol...
nota kaki: kena beli plaster la nampaknye..
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..