Wednesday, September 1, 2010

Murtabak Megi Param Jalan Kuching

Sejak Mak Iti duk sini dalam bulan puasa ni, hari-hari J menjengah ke param. Kalau tak ke situ, ke sana... Jadi, bila dah ke param tu.. pahem-pahem aje lah.. LAPAR MATA. hehehe... 

J dah beli mihun sup dan ayam crispy goreng je untuk berbuka. Sekali Mak Iti ternampak murtabak ni dan mengusulkan supaya dibeli barang sekeping dua untuk mencuba.


Lepas berbuka, J belasah mihun sup dgn ayam crispy goreng tu saje... Lewat sikit, baru berani menghadap murtabak ni. Rasanya... mm.. mm... agak dibawah jangkaan. Kalau dibaiki adunan telur tu, mungkin lebey ngancam! (sukati ko jek nak ubah resepi orang kan? nak sedap sila masak sendiri! akekeke) Tapi okay je sebenarnya... Bolehlah tahan..

Pape pun, kalau rasa teringin pergilah cari kat Param Jalan Kuching ye?

notakaki: eh.. dah ada dua entri pasal murtabak di bulan Ramadhan ini rupanya!

Tiba

J ketemu dengan lagu ni di laman Zara. Selalu terdengar promo di radio. Tapi pernah dengar sekali sahaja sebab jarang bertemankan stesen radio tersebut di dalam kereta. Faizal Tahir memang dah lama J minat. Faizal Ismail pula pabila mendengar celotehnya boleh buat J ketawa terkekeh-kekeh. Syahir..mm...masih belum dapat kenal pasti apa yang menarik selain wajahnya itu.. ^_^

Katanya lagu raya. Tapi tak dinyatakan dengan jelas dalam liriknya. Tersembunyi disebalik kata-kata puitis dalam lirik tersebut. Dengar dan hayati ya?




 Tiba - Faizal Tahir, Faizal Ismail dan Shahir

Separuh dari hatiku
Ingin terus tinggal bersama denganmu
Sehingga umurku membawa
Kembali ke hari pertama
Pasti aku tunggu

Aku mula dengan baru
Aku pulang ke asalku
Membiar kau mengisiku yang pudar
Bertahan bersaksi berbagai
Patah tumbuh hilang berganti
Pasti ada kamu

Selamat pulang rasa
Ke asal jiwaku
Selamat kembali aku
Ke jalan lurusmu
Selamat datang cinta
Ke ruang hatiku
Hari ini yang menunggu
Hari yang selalu penuh baru

Bergema sempurna
Dalam diri yang teruja
Jiwa penuh cahaya
Menghias setiap seudut alammu

Dapatkah kau rasa?
Apa yang ku rasa?
Engkau dan aku
Sama tahu
Harinya telah tiba
 
 notakaki: Kalau Hanya Faizal tahir & Syahir sahaja yang menyanyikan lagu ini boleh tak?

Tuesday, August 31, 2010

Aku suka kucing oren. Ko?

Itu bukan soalan J untuk anda semua. Itu soalan dari seorang rakan kepada J.

Kucing belakang rumah Atuk.

Dan jawapan yang J beri...  'I just love all of them'  ^_^
Anak kucing yg mahukan perhatian dari J.

J suka kucing. Sangat. Tak kira warna, rupa mahu pun saiz.

Anak kucing yang J jumpa dalam almari kelas.
Si Domok di sebuah Pet Shop di Jalan Kuching.
Si ekor panjang yang asyik masyhuk menggesel di kaki tanpa jemu.

Buat masa ni, sedang tergila-gilakan budak domok ini!

Maru yang Comel!
 Tapi belum terbuka hati ini nak memelihara kucing buat masa ini. Cukuplah sekadar memberi kasih sayang dan perhatian yang sedikit untuk kucing-kucing yang J jumpa tiap kali makan di mana-mana...

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^