Showing posts with label wish. Show all posts
Showing posts with label wish. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

Mahu berada di sana...

Terlena.
Terjaga.
Mandi.
Hidupkan tv.
Siaran langsung solat terawih dari Mekah baru mula.
Sayu. Pilu. Sebak. Rindu.
Berkecamuk dalam dada.
Membayangkan diri ini terselit dicelah-celah ribuan hamba Allah yang ada disitu.
Membayangkan diri ini kembali lupa duniawi dan hanya ingin berada dekat padaNya.

Semoga diri ini masih ada peluang dijemput menjadi tetamuNya... tak lama lagi.
Semoga peluang itu masih ada.
Really looking forward to it.
Amin.

Thursday, February 20, 2014

Flattered

I've to put up this post as a remembrance. 

A funny compliment though...anyhow, after giving some thought about it.. yeah... i deserve this. Thanks friend.

(Pengaruh drama Ariana Rose sangat kuat hokey! Hehe)

Tests and obstacles come and go. Despite all the hardships I went through, I can still manage to smile. I could still feel calm. I'm still able to think right. 

For this...I am really gratefull that Allah has never leave me alone. 

It was just too bad that I don't have the beauty owned by Ariana Rose and I haven't had a chance meeting a charming-handsome-rich guy like Tengku Adam Kamil. Hope that I'll get the chance one day.  ^_^

Friday, January 17, 2014

Si Comel Dania

Dania Khalida si comel yang wangi dan polos. 


Cahaya hati seorang teman baik yang dah menunggunya kehadirannya selama 7 tahun. Penantian yang penuh liku akhirnya dibayar dengan ciptaan Allah yang indah ini. Alhamdulillah...J turut tumpang gembira. Semoga Dania membesar menjadi anak yang solehah, bijak dan sentiasa menghormati dan dihormati serta disayangi dan disenangi semua.

J: Semoga J berpeluang merasai nikmat Allah yang seperti ini..hanya satu. Satu sahaja insyaAllah cukup untukku..

Sunday, August 19, 2012

Salam Lebaran 1433H

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 5, 2012

Sangat tersentuh hati ini melihat video ini.


Semoga jodoh Irma dan suami sentiasa diredhai Allah sehingga ke akhir hayat. 



J: ...lap air mata....

Wednesday, July 4, 2012

Menjelang Nisf Syaaban..

Tiada lidah yang tidak pernah berucap salah. Tiada hati yang tidak pernah iri hati dan dengki. Tiada mata yang tak pernah salah memandang. Tiada telinga yang tidak pernah salah mendengar. Itulah kudrat manusia. Ada kalanya tempat salah, khilaf dan dosa.

Menjelang NIFSU SYA'BAN malam ini, sebelum semua catatan amalan kita ditutup, perkenankan saya untuk memohon & meminta maaf atas lisan yang tidak terjaga, atas hati dan prasangka yang menyakiti. Permohonan tulus dari hati. Mohon maaf zahir & batin atas sgala salah dan khilaf

"Duhai الله S.W.T, YA Tuhan'KU, berkatilah kami di Bulan Rejab & Bulan Sya'ban dan sampaikanlah kami pada Bulan Ramadhan"...انشـــــاء الله...

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ...آمِيّنْ… آمِيّنْ… آمِيّنْ… يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْ...








Ya Allah …Yang Maha Pengurnia…tanpa dikuniai
Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan
Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu
Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku
Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ….sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan
Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir
Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara
Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya
Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani
Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya
Amin

Tuesday, May 15, 2012

Kek Hari Guru

J dapat arahan untuk hadir kursus selama 5 hari. Risau nak tinggalkan anak-anak. Di saat sepatutnya ulangkaji dan sesi soal jawab perlu dilakukan secara intensif ni lah tetiba kena pergi kursus. Anak-anak murid agak kecewa bila tau J tiada untuk menyambut Hari Guru disekolah. Lebih mereka sedih bila J tiada pada kedua-dua hari sambutan, 16 Mei dan 25 Mei (sambutan peringkat sekolah). 

Macam-macam pesan dah ditinggalkan. Harap-harapnya adalah yang melekat dalam kepala.

Ketika tengah sibuk menyiapkan kerja petang tadi, 2-3 orang datang. 

Ticer, ini untuk ticer. Selamat Hari Guru. 


Tenkiuuu.....

J: oh ye.. hari dapat lagi setangkai mawar putih. ^_^


Monday, May 14, 2012

Sekuntum Mawar Putih..

Sempena ticer's day. This is the first time I receive a REAL ROSE since I work here! ^_^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 13, 2012

Sleepy Sunday

Julie's new habbit: her hind leg will be touching me whenever she sleeps near me. ^_^


And yes.. Ian is on my tummy. ^_^


What a blissful way spending Mother's Day with double J.


Happy Mother's Day to all mommies out there.


J: Am thankful for still having Mak Iti in my life. To those who doesn't have one, my prayers are with you and may you'll be a great parents to your kids!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 5, 2012

Kerjaya Sampingan 3

Ada masanya, saya juga kena jadi pembalut hadiah.

Ho Ho Ho.. Merry Kerismes.

Eh... Mana ada kerismes hari ni?!

Selamat bercuti Selamat hari Wesak.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 1, 2012

Selamat Hari Pekerja

Paip sinki rumah mami bocor... Sian mami taww.. Patutnya cuti sempena hari pekerja ni, mami berehat... Tapi sibuk mengemop kemas dapur pulak. Kite dah cuba bagitaw kat mami tadi, tapi mami buat deeeek je. Haaa...kan dah kena kerja keras mengemas. Dah la kite tak leh tolong  mami sebab.... Sebab....sebab...


Kite takot air!!!

Hihihi..


Selamat bercuti semua!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^