Wednesday, September 30, 2009

Jika kau rasa getarnya...

Tengah syok masak untuk berbuka puasa petang tadi.. tiba-tiba rasa pening. J pun bercakap la sorang-sorang. Rasanya dah tido tadi.. takkan pening lagi kot. (hari ni rasa tak sedap badan... banyak sangat marah budak kot masa ajar punctuation tadi..huhuhu). Tiba-tiba J dengar bunyi piring yang terapung dalam periuk nasi yang J rendam berbunyi sebab berlaga dengan perik tu. Aik.. bila masa pulak J langgar sinki ni sampai bergoyang air dalam periuk tu. Boleh J menung kejap...

Takkan la gempa bumi kot. J tutup api, terus salin baju pakai tudung. Dalam masa tu J masih was-was... ye ke tidak? ye ke tidak? Lepas tu, nampak air dalam mineral pot pun berkocak dahsat campur pulak dengan aci selang 6 pintu dari rumah J bising.. 'oi.. turun turun.. rumah goyang'. Laju je J cek balik api, angkat kain dari jemuran (J pun heran pesal pe yang J boleh ingat nak angkat kain tu..), cabut kepala gas, tutup suis tv, capai kunci rumah, hp, dompet dan kunci keta.. terus turun ke bawah.

kat bawah dah ramai tercangak-cangak... Abg baju merah datang dekat J.

Abgbajumerah: Dik, duk blok ni ke?
J: A'ah..
Abgbajumerah: Kenapa? rasa goyang gak ke? Blok sana pun goyang gak..
J: Ye ke? Sy ingatkan saya pening tadi. tengok je air berkocak, terus sy turun.
Abgbajumerah: Sy rasa ni mesti ade gempa bumi kat Indonesia ni..
J: Wallahualam... mungkin lah kot.

J sms kat ma bagi tau hal ni. Terus dia suh J PINDAH.. cari rumah lain!!! Wah.. camtu jer?(mana la nak cari rumah rendah semurah harga sewaan rumah yang J duk sekarang???) Tak lama lepas tu J decide naik balik lah.. hari dah nak maghrib. Masak pun tak abis lagi.. Pastu ma call balik, bagitau ada gempa bumi kat Indonesia. 7.9 skala ritcher. Kat Indonesia, gempanya dalam jam 5 lebih.. 6.17 petang baru sampai gegarannya kat sini...

Alhamdulillah, tak jadi apa-apa... dah siap masak, makanlah...



Ma kata ini makanan orang yang ke laut. Kuah rebus jer.. Kalau dapat ikan baru, mesti lagi sedap. Garnishingnya sambal dan lobak masin goreng dengan lobak. Ikut kan kena goreng lobak masin dengan kacang panjang. Tapi ada carrot je dalam peti ais. Kira boleh jer lah..

1 comment:

  1. blur aku jap bl dgr berita.. aku xrasa ape2 pun... rupenye aku tdo time 6.15 tuh... rupenye aku kat perak... cni xde ape2 pun... huhuhu...

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^