Satu pagi...
J: Jom kita naik Genting. Dah lama kita tak jalan-jalan.
A: emm... boleh gak.
Pagi tu J and Amie berkejar la ke Putra LRT Gombak. Konon nak naik bas. Sekali tiket abes le pulak.. Ni sume Amie punye pasal lah ni.. bangun lambat. Dah abis tiket. Jam baru 8.30 pagi. next tiket pukul 11.15. Pehal la pulak nak tunggu sampai tengah hari tu kan? Jadi Perjanjian di buat. Pergi J drive. Balik Amie drive.
Dalam perjalanan ke sana, hari mula redup. Sampai je kat Skyway dalam kul 9.15 camtu, mula dah nampak kabus tebal. Duh.. mesti sejuk. Sebelum ni, kami pernah pergi juga. But that was 5 years ago...kan??
Masuk je theme park tu.. kami pusing-pusing dulu. Tengok dulu mana yang nak naik. We start with this Bumper Boat ride. Kami duk langgar dengan 2 budak lelaki and oneIndian lady. Suke bebeno dia bump boat J. J pun hambat lah diorang... sampai basah-basah baju & kasut.
J rase la punya sejuk.. punya ketawa.. sampai dahaga... asik minum.. menyebabkan J keluar masuk toilet sampai 5 kali kat dalam tu... Duk kat dalam tu dalam 4 jam je. Tapi di sebabkan kabus tebal datang & pergi, hujan lagi.. tu yang buat J asek nak terkucil jer.. Tak banyak sangat amik gambar pun.. seronok main.. jalan-jalan.. & enjoying the view... and enjoy the pictures...
T-shirt yang J pakai ni, J beli kat Che Pah. RM39 kalau J tak silap. Sangat comfortable. Kalau anda suka yang labuh-labuh.. yang comel-comel dan macam-macam pattern lagi lah ada kat situ. J dah beli 3 helai dari Che Pah. So far, semuanya memuaskan hati dengan kualiti dan jahitannya kemas.
mm... ade tak dalam pasaran coklat macam ni? hehehe...
Permainan yang last sekali kami naik. Yang paling tak gerun langsung. Tapi orang dok jerit huuu haa..huuu haa.. kuat-kuat. Ohhhh... bingit tinge woii...!!
Elok je kami turun dari carousel ni, hujan pun turun dengan lebat. Kami lepak la kat Marrybrown tepi tu makan bubur & teh tarik. Ingat nak sambung lagi.. tapi Amie dah ajak balik. I pleaded to go to the Sungai Rejang ride. Dah nama Sungai Rejang... of cos la akan get wet. J suh Amie duk depan. So.. I can hide behind. Takde la basah sangat... Tapi hampeh.. taktik tak berkesan. Basah jugak baju, jeans & kasut.
Anyhow, we really had fun... while reminiscing memories we had together... Walaupun dah berapa kali rancang & kensel, finally jadi jugak J ke situ. Hope there will be more fun & enjoyable trips together in future, yek!!!








