wah.... dah sampai part 3 yek???
Boleh tengok yang lama kat sini eh..
Banyak bebeno mainan si Julian tu kan? Haruslah banyakkkkkk...... kadang-kadang bila dah kemas masuk dalam kotak dia, dia boleh keluarkan dan tinggal bersepah lepas main! Adoila.. Kadang-kadang tak kuasa nak kemas. Biar je mainan dia kat situ. Kejap-kejap lagi mesti dia main balik. huhu...
(mami...cakap je la malas mengemasssss....)
Hehehe... meh kita tengok ape lagi si Ian ni suka main.
GULI.
Kalau dia dapat guli, kata orang Perak, habih hati le bebeno. Kedepan kebelakang... keluar masuk bilik seronok sangat mengejar guli tu. Guli tu pulak laju je bergolek kan? Makin galak la dia mengejarnya. Kisahnya, dia yang discover sendiri guli ni. J letak kat rak buku. Julian sibudak bertuah ni boleh punggah rak buku semata-mata nak dapatkan guli sebijik ni!!! -__-''
Ok Next!
PEN BULU.
Seperti yang korang sedia nampak kat gambar tu.. pen ni pen berbulu yang dihadiahkan oleh anak murid semasa Hari Guru tahun lepas. Pantang je nampak J menulis dengan pen ni.. dia nampak je bulu-bulu kat pen tu bergoyang-goyang macam melambai-lambai kat dia je... dia pun mula la nak enterprem. haisshh... Sudahnya, dah memang jadi mainan dia permanently.
PEMBALUT WAFER APOLLO COKLAT
Pernah makan tak wafer Apollo yang harga dia dalam RM1 lebih je tu???
Macam yang kat bawah ni. Tapi J suka makan yang sebelah kiri tu.
 |
| credit to BMCTrade |
Lepas makan, J akan gumpalkan pembalut wafer tu pastu baling kat Ian. Confirm dia akan kejar punya. Ni pun sama kes macam guli tu. Kejar punya kejar, kadang masuk celah cage la.. masuk bawah peti ais la... masuk bawah pintu bilik air pun selalu. Memang favourite la ni.
ROTAN + TALI
Yang ni J invent sendiri. senang je DIY. Rotan yang memang ada kat rumah ni, J ikat tali kat hujung yang ada simpulan rotan. Jadinya...J akan pegang rotan dan gunakan tali yang tergantung tu untuk main dengan dia. So... tak payah beli batang yang ada bulu ayam kat hujung tu. Julian's fine with this one. Once dia dapat gigit tali tu, dia akan bawak lari terus dengan rotan tu sekali. Kadang-kadang J pun berkejar dengan dia dalam rumah nak bagi dia tangkap tali tu. ^_^. Mengah dan berpeluh jugak dibuatnya!
eh... ada lagi... nanti... tunggu part 4 pulak.
^_^