Friday, November 19, 2010

Siapa Julian? Pt 1

Seorang rakan war-warkan di FB yang dia tawarkan kepada sesiapa yang nak adopt Julian.

gambar dari mukabuku tuan asal Julian

Lamaaaaaa dah. rasanya sebelum raya puasa lagi. Masa tu budak kecik tu mmg kecik lagi. Masa tu pun hammies J banyakkkkk... berbelas-belas rasanya. Sebabnya memasing take turn memberanakkan anak. ^_^ J cuma maklumkan pada dia yang J berminat. Tapi kena tunggu dulu. Kira macam bookinglah.

Lepas Mija pergi meninggalkan J, J dah mula perasan yang J dah kurang pedulik dengan hammies yang lain. J cuma main dengan Jimi je. eh... bukan la kurang peduli sampai tak bagi makan, minum & tak bersihkan cage. Keterujaan tu dah semakin berkurang..sedikit demi sedikit. Ada yang berminat nak adopt Ciko & Cikai, tapi sampai sekarang tak hubungi J. kalau tak nak bagitau aje lah. Senangla J cari orang lain yang memang betul nakkan hammies tu. :( eh... citer hammies pulak.

Ciko (kiri) & Cikai (Kanan) - tido berduet.
Sambung balik.... Nak dijadikan cerita, tiba-tiba terdetik di hati NAK BELA JUGAK KUCING seekor buat teman dikala duka. Nekad sampai J tak pedulik dah, kalau mak Iti nak marah ke.. marahlah. I don't care. I still want to have a cat as my housemate. hehehehe.. (masa ni Jimi pun dah pergi jugak.. sob..sob... sedih sampai tak buat pun entri pasal Jimi yang dah pergi... simpan rasa sedih sorang-sorang) Lepas tu.. terus hilang rasa nak update blog ni. alaaa... Mesti korang tak perasankan, J lama tak update blog sebelum sibuk dengan kerja hakiki J..(takde orang baca agaknya.. T_T)

huarrghhh... panjangnye alkisah kalau ank sambung lagi... sambung esok aje lah... dah dekat jam 12 ni... ngantuk. Stay tune for Siapa Julian pt 2 pulak ye? 

Thursday, November 18, 2010

Salam Aidil Adha


notakaki: terpaksa berdepan dengan beberapa perpisahan. Tak sanggup menanggung rasa sedih itu. Namun terpaksa dikuatkan hati. Semoga kalian semua sentiasa mendapat yang terbaik dan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang di tempat baru.

Monday, November 15, 2010

UPSR & Kolam @ Grand Season Hotel = Bahagia


Alhamdulillah... keputusan membahagiakan. Peratusan kelulusan untuk kertas BI tahun ini meningkat dengan jayanya. Dengan izinNya dan dengan usaha semua pihak, kejayaan ini amat memBAHAGIAkan bagi Panitia BI. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama. J bersyukur sangat kerana punya teman yang sangat memahami, menyokong dan selalu mendokong tiapkali J perlukan 'dokongan'.. hehe.. (mengade-ngade kan???)


Masa lalu kat lobby nak ke Grand Season's Cafe, ternampak kolam ini... Cantik sangat!!!!!Tiba-tiba terdetik rasa BAHAGIA dalam jiwa. Kenapa? entahlah... tak dapat nak kenal pasti kenapa berperasaan begitu. (sendiri tak faham perasaan sendiri sekarang) Mereka masih tak buang lagi kolam ni walaupun dah banyak hari Deepavali berlalu. Eh... J buat apa kat sana? apa lagi... Jamuan akhir tahun. Makan banyak2 sampai se'eh.. duduk pun tegak je 
~gelakkan diri sendiri~

Kalaulah ada kamera yang lebih baik.. tentu gambar yang J nak kongsikan ni lebih cantik.
Tapi apakan daya... bersyukur ajelah dengan kamera telefon 2.0 megapixel ni ajer.. 

Ada sesiapa nak hadiahkan tak???? ^_^

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^