I was busy helping ma packing for the past few days. Sangat memenatkan. Baju ma saja dah 4 beg besar. 2 big black luggages and 2 guni plastic bags. Tudung saja dah 3 kotak kertas A4 . ish..ish..ish.. boleh buat jual longgok lah kat pasar malam.. hehehe.. tu baru baju kerja. Belum baju pakai kat rumah lagi. I packed my wardrobe jugak.. tapi cuma penuh datu beg guni besar jer. Barang J yang banyak hanyalah disebabkan my uni books and notes, novels and my McD collectibles toys.
Ni semua baju ma ye! Not mine. Tengok je la betapa banyaknye hanger kat situ. tu sikit je.. ade lagi yang tak nampak... J selalu usik ma...
Kesian baju-baju cantik ni... takde sape nak pakai dia.. Pakai la even kat rumah pun.
Ye la.. nanti mama pakai la hari-hari. Nak tido pun mama pakai baju kurung.
eh... why not... hehehe.. nanti dia tuntut kat mama sebab tak pakai lagi haru! hahaha...
alah.. nanti kamu ambik lah baju mama tu pakai buat salin-salin pegi skola..
hehehe... itu yang J nak dengar tu..
I decided to bid goodbye to all my old mags. Segala EH, Women's Weekly, CLEO dan sebagainya... They ruin my bookshelves.. :( berat sangat... Semua mama ikat supaya senang di angkut ke tempat recycle. While cleaning up atas almasri baju J, J jumpa kertas peperiksaan PMR & SPM. hahaha... lama dah kertas tu J simpan. J amik PMR tahun 1996 & SPM tahun 1998. Dah 10 tahun dalam simpanan dan masih lagi dalam keadaan baik...
Nak tergelak tengok balik kertas-kertas percubaan SPM. SANGATLAH TERUK yer!!!! Walaupun di ajar oleh sifu-sifu yang terbaek... Kimie, Hatta, Sam, Syera, Jepah, Pejek, Azam & a few others, but still, my brain just couldn't accept figures and also chemistry and physics subjects... Walaupun dulu belajar dalam Bahasa Malaysia. Akak tetap blurrrrrrrrrrrrrrr memanjang tau!!! Thanx guys, A LOT... especially Kimie (kerana terlalu sabar ulang 2-3-4 kali bila ajar add math.. khikhikk...) for helping me soooo much back then. Walaupun J ni buta nombo.. tapi alhamdulillah.. J masih juga mampu menjadi 'Orang' yang berguna untuk agama bangsa dan negara.. tau!!! Syukur di atas segala rahmatMu...
Oh ye.. kenapa pulak J sibuk packing semua barang-barang ye? Oohhh... ada projek besar.. tapi tak boleh cakap lagi. Nanti projek dah jalan baru J ceghita ek???
nota kaki: emm... cuti dah nak sampai hujung.. J kena balik KL ujung minggu ni, sebab banyak kerja HEM yang belum selesai... rasa macam kejap je cuti... Part of me felt happy for the new year is approaching, will be meeting new kids, new classes to teach and what not and a part of me felt uneasy thinking of the surprises awaits in the first school meeting for 2010... emm...