
Mula la keluar muka toye... dan senyuman pada ketika itu adalah satu pergerakan yang boleh mencederakan dan membahayakan otot muka.. kronik!! Segala sel dalam otak mula bertempiaran lari dan berlanggar sesama sendiri hingga menyebabkan bengkok segala urat saraf... migrain! Semua pembuluh darah dalam jantung dan hati mula membuat detour ke pembuluh lain menyebabkan jem sampai berasap, disebabkan traffic light dari otak menyalakan lampu merah sampai menyilaukan mata. Dan juga telah menyebabkan litar pintas kepada stesen janakuasa empangan mata sehingga terpecah bolos ekoran kegagalan sistem berfungsi.... hati perlahan-lahan ingin mati.... tragedi.
Namun demikian setelah bertemu dan berkonsultasi denganNya... Otot muka kembali normal, Fikiran mula waras, jantung berdegup tenang dan air mata hanya setitik dua. Hati kembali pulih perlahan-lahan.. Minda mula berdebat dengan hati. Minda seringkali memujuk supaya hati menjadi rasional, supaya hati bertolak ansur, supaya hati tidak mengikut emosi... kerana emosi selalu jahat dan mengelirukan. Jahatkah emosi anda? Teruskan minda untuk membimbing hati... agar hati tidak menjadi durhaka... Batu belah batu bertangkup... telanlah aku lulurlah aku... iskk..iskk..
nota kaki: Sila rujuk kepada alim ulama sebelum mempercayai bulat-bulat tentang tajul muluk... ianya hanya adat...