Coba-coba tempat makan baru di AEON Manjung. Rasanya ni kedai yang pertama kot. Kalau korang google website mesti jumpa. Menu utama mestilah chicken wing. Ada jugak menu burger dan cicken tenders kalau tak silap. Dah nama kedai wing..haruslah menu utama chicken wing kan.
Masa nak order tu kena pilih perisa apa yang nak digaulkan dengan chicken wing tu. Boleh pilih jugak tahap kepedasan pilihan kita. Yang J pilih ni tahap ke 3 dari 4. Takde le pedas mana. Kalau tak nak yang pedas pun ada. Satu lagi dia akan bagi choice nak pencicah apa. J mintak Mayo (dalam bekas plastik kecik label Ranch dalam gambar). Tapi...kenot go la.. next time nak try mintak blue cheese pulak.
Yang J beli ni perasa hot shot. Chicken wings tu digaul dengan perisa hotshot. Pedas-pedas masam sikit. Side dish wedges dengan roti. Wedges dan roti sedap. Tapi perisa hot shot tu not to my liking. Lain kali kena try perisa lain kot.
Satu lagi brownies tu sedap sesangat. Tambah-tambah makan masa dia tengah suam-suam. Rangup di luar tapi lembut, moist dan chewy kat dalam. Tapi saiz kecik sangat...
Boleh cuba try test lagi lain kali!


No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..