Friday is here again!
J dikenalkan dengan tempat ni oleh seorang rakan. Dia adalah pencinta makanan yang sedap sedap. wel.. siapa yang tidak suka makanan sedap kan?
Restoran ni kat Mutiara Damansara. Restoran ni berkonsep 2 dalam 1. Perabot dalam restoran ni dan apa saja hiasan yang di pamerkan, semuanya untuk dijual dan dibeli. Termasuk meja makan dan kerusi yang kita duduk dan makan dalam tu.
J baru dua kali ke sini, rakan J tu yang dah berkali-kali makan kat sana. Siap dah buat kawan lagi dengan Kak Yani tuan punya kedai. ^_^
Kali pertama J makan Soto Nasi. Memang sedap. Kaw gila rempah soto dia. Memang puas hati la makan. Kali ni J makan Ginger Beef Kueytiow dengan sirap bandung selasih. Air manis buah. Memang kena la dengan selera J.
Ginger Beef Kueytiow Teak5 ni, not bad. Tapi J lagi suka kat Madam Lim's Kitchen.


No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..